Rabu, 31 Oktober 2012

SEUNTAI KATA

 
 
Semanis Bicara
Tuan Haji Rahmat bin Yunus
( Guru Besar SK MUzaffar Syah )
 
 
Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,
Saya merakamkan ucapan syabas kepada jawatankuasa MBMMBI sekolah ini atas usaha dan amanah untuk menjayakan program MBMMBI.
 
Saya penuh yakin dan percaya, komitmen dan iltizam yang tinggi dalam kalangan jawatankuasa MBMMBI sekolah ini akan tercetus pelbagai usaha dan perancangan yang penuh bermakna dan terperinci bagi memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasa bahas Inggeris murid-murid di SKMS.
 
Dengan adanya sumbangan, bantuan dan pendapat daripada guru-guru SKMS, pihak PIBG SKMS dan ibu bapa, segala perancangan MBMMBI akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Perancangan dan pelaksanaan progarm MBMMBI haruslah seiring dan seimbang agar dapat menjamin kecemerlangan yang berkesan dan berterusan selaras dengan visi dan misi SKMS.

Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih dan selamat berkongsi maklumat.
 
 
 
 
 
 

Seindah Ungkapan
Encik Roslan bin Bongsu @ Baba
( GPK Pentadbiran SK Muzaffar Syah )
 
 
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada jawatankuasa MBMMBI SK Muzaffar Syah atas usaha merealisasikan Laman Blog Citra MBMMBI sekolah ini.
 
Dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara, peranan pendidik amat penting. Pembentukan keperibadian murid yang mampu berdaya saing dalam era teknologi maklumat dan globalisasi, menjadikan peranan pendidik semakin mencabar. Justeru, sudah seharusnya para pendidik khususnya di SKMS ini memperlengkap diri dengan pelbagai pengetahuan, berdaya juang yang tinggi di samping berkemahiran mendepani cabaran.
 
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan laman blog ini. Semoga segala usaha murni, tenaga dan komitmen yang dicurahkan dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasa bahasa Inggeris dalam kalangan warga SKMS.
 
Sekian.
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan